ANKARA: Turki dijangka memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel tidak lama lagi, namun Menteri Luar Mevlut Cavusoglu menegaskan adalah amat penting Israel menamatkan sekatan bantuan kemanusiaan untuk warga Palestin dan wilayah Gaza.
Cavusoglu memberikan kenyataan itu dalam satu temu bual dengan stesen penyiar kerajaan, TRT Haber.
Hubungan bekas negara sekutu itu tegang selepas komando Israel menyerbu sebuah kapal Turki yang sedang membawa bantuan ke Gaza menyebabkan 10 orang warga Turki terbunuh.
Israel sebelum ini menolak menamatkan sekatan laut dan udara ke atas wilayah Palestin. - Reuters